Pembinaan dengan sistem CCA menggunakan teknologi IBS  batu blok interlocking yang  cepat dipasang.

Rumah yang dibina dengan menggunakan interlocking block adalah lebih cepat, iaitu sebuah bangalo boleh siap dalam masa 40 hari sahaja.

Jika berminat untuk membuat rumah menggunakan sistem CCA sila isi borang berikut:

CCA Systems Sdn Bhd
Lot 101 Biro Inovasi dan Perundingan
Technovation Park
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Skudai
Johor

Prof Dato’ Ir Abu Azam : 0137193914
Prof Datin Dr Nasly : 0193606662

42 Respons to “Hubungi”

  1. mohd.jalalludin Says:

    Salam Prof.

    Saya berminat untuk mempelajari teknologi ini dan berhasrat untuk menjadi pembuat dan pembekal batu blok ibs.
    Pertanyaan saya di mana boleh saya pelajari teknologi ini?Ada tak kursus2 yang berkaitan?
    Sila beri penjelasan..

    1. nasly Says:

      Wa salam

      Kursus akan diberi khas kepada pengusaha yang akan bekerjasama dengan CCA systems Sdn Bhd. sebagai pembuat /pengeluar batu blok CCA.

      Dimanakah lokasi saudara dan apakah persediaan saudara untuk memulakan perniagaan ini.

      Sekian, terima kasih.

      1. mohd.jalalludin Says:

        Salam prof.
        Lokasi saya di kota tinggi
        Persediaan saya ialah buat masa ini saya menjalankan kerja2 membina titi konkrit untuk felda.saya ada mesin pembancuh simen dan 2 org pekerja.
        Boleh saya tahu apakah persediaan khusus yang perlu saya ada untuk saya memulakan kerjasama ini?
        T.kasih

  2. siti firdaus Says:

    Assalamualaikum…
    saya berminat untuk membina rumah nemggunakan sistem ini. lokasi di kg. kangar changlun kedah. Siapa yang saya perlu hubungi? t.q

    1. nasly Says:

      Walaikum salam
      Sila hubungi En Azhar 0164457842

  3. rifqi Says:

    Assalamualaikum Prof..
    Saya ingin membina sebuah rumah di atas tanah sendiri di permatang pauh. pulau pinang dan masih belum mempunyai pelan rumah
    Bolehkah saya mendapatkan khidmat kontraktor yang menggunakan sistem ini?

    1. nasly Says:

      sila hubungi En Azhar 0164457842 di Tikam Batu

  4. kualalinggi Says:

    Prof Nasly ada tak kursus cara mengunakan system ini dan dimana

    1. nasly Says:

      Kami sedang berusaha untuk bekejasama dengan CIDB untuk menganjurkan kursus pada tahun 2013. Kami akan umumkannya dari masa ke semasa.

      1. AZI azis Says:

        Asallamuallaikum Prof Nasly,Terima kaseh saya harap kursus ini beritahu lebah awal kerana saya harus ambil cuti maaf saya katakan system ini telah lama dipatrikalkan di Thailand dan Afrika saya doa usaha Prof dapat sambut meluas

        Date: Wed, 14 Nov 2012 22:58:44 +0000 To: kampong53@hotmail.com

  5. AB AZIS BIN MD SAAT Says:

    Pro Nasly kebanyakan rumah diThailand mengunakan system ini diMalaysia mesti dimula segera kerana kebanyakkan rumah diMalaysia rumah papan sangat merbahaya kalau berlaku kebakaran adakah BUKU penerangan cara mengunakan system ini dimana dijual terima kaseh

  6. Hairill Says:

    Assalamualaikum Prof..
    Saya ingin membina sebuah rumah di atas tanah sendiri di dalam daerah Segamat, Johor.
    Pelan rumah telah siap tetapi sedang mencari kontraktor.
    Bolehkah saya mendapatkan khidmat kontraktor yang menggunakan sistem ini?

    1. nasly Says:

      Maaf di Segamat belum ada kontraktor

  7. AB AZIS BIN MD SAAT Says:

    Terima kaseh Prof Nasly jumpa lagi

  8. AB AZIS BIN MD SAAT Says:

    saya ingin mencuba kaedah ini bagaimana cara dan saya tinggal diMelaka

    1. AB AZIS BIN MD SAAT Says:

      Cara ini amat berguna bagaimana mendapatkan bahan kalau saya mahu menbinanya sendiri harap tuan/puan beri keterangan yang jelas bila lagi seminar akan diadakan terima kaseh

      1. nasly Says:

        Buat masa ini kami sedang mencari pengusaha yang ingin bekerjasama dengan CCA systems Sdn Bhd sama ada pengeluaran blok sahaja atau dan pembinaan rumah. Bagi yang berminat sila email kepada abuazam.ccas[at]gmail.com

  9. Yazid Says:

    Assalamualaikum…

    Saya berminat untuk mengusahakan dan memasarkan pembuatan batu CCA in di Selangori. Soalannya .. masihkah pihak tuan memberikan latihan pemasangan dan pembuatan untuk produk tuan . Jika ada bagaimana boleh saya menyerrtainya…..???

    1. nasly Says:

      CCA systems Sdn Bhd sedang membuka peluang kerjasama dengan pengusaha yang berminat untuk pengeluaran batu blok dan juga kontraktor.
      Jika berminat sila email kepada abuazam.ccas[at]gmail.com

  10. Noor Azizan Says:

    Plan rumah telah mendapat kelulusan Majlis Perbandran Nilai. Masalah saya ialah untuk mendapat kontraktor bagi membina rumah mengikut bajet yang ada. Mohon tuan berikan contact no kontraktor tuan yang boleh dihubungi dan dipercayai dapat menyiapkan rumah ini dengan sempurna.

    1. aayassin Says:

      aslm
      jika nak guna sistem ccas kena buat detailing mengikut saiz blok cca.
      saya boleh syorkan kontraktor yg boleh dipercayai (buat rumah dalam masa ditetapkan).

  11. Ismashazly Ismail Says:

    Assalamualaikum prof,

    Minta pencerahan, dengan menggunakan sistem CCA interlocking load-bearing block, adakah aplikasi beam dan column masih diperlukan? Dan berapa tingkat rumah dpt dibina jika sistem beam-post tidak digunakan? terima kasih

    1. aayassin Says:

      aslm
      beam & column ‘inbuilt’ dalam blok. blok tanggung beban bumbung.
      sekarang kontaktor kami telah buat beberapa rumah dua tingkat

  12. fazimah Says:

    Salam Prof,

    Saya juga berminat untuk buat rumah dengan sistem ini. Saya tinggal di area parit raja, batu pahat. Sekiranya saya ingin mohon untuk bina rumah dengan kaedah ini disini, adakah perkhidmatan ini turut ditawarkan di sekitar batu pahat? Boleh tak saya dapatkan sebuah banglo 4 bilik dengan bajet antara rm150k-rm200k?

  13. Md Says:

    Saya ingin buat rumah 2 tingkat di Bakri, Muar, kira kira 3 bilik tidur dilantai atas dan sebuah bilik tidur dilantai bawah. Berapa angaran nye?

  14. ridzaudin Says:

    bagaimana dengan kos…adakah jimat dari kaedah biasa ..berapa %…kalau di kelantan siapa yang saya perlu hubungi…kalau saya ingin tahu lebih detail lagi tentang teknologi ini ada tak kursus yang akan dijalankan


  15. Assalamualaikum….saya memang berminat tentang IBS dan kaedah CCA ini menarik minat saya untuk menceburi sebabnya saya sendiri pun ingin membina sebuah rumah dengan kos yang lebih murah berbanding dengan cara yg biasa. Soalan saya, ada tak KURSUS mengenai CCA. Bila dan dimana…kalau tiada kursus pun….rujukan atau nota-nota teknik binaan CCA dapat disediakan. Kalau ramai yang memahami cara binaan CCA pastinya ramai yang akan membeli bata CCA. saya sangat berminat….terima kasih….wasalam.

  16. ahmad yani Says:

    ..opss..trlupa..saya pun mmng sangat2 nak jadi d 1st house at bukit Cherakah Jaya(area puncak Perdana)guna kaedah ni…hopefully TMD baca komen ni n find out something positive to us…

  17. ahmad yani Says:

    salam Saudari Afini bt Osman….saya ada contact dgn arkitek TMD kat alor star encik Uzair….at d moment mmang xder lg kat area slangor ni,n ada minta pndapat dia mcmana if ada permintaan utk buat rumah kt area selangor guna kaedah ni,saya kata ramai yg berminat..so dia pun rspond,skiranya ramai yg intrested guna kaedah ni at selangor..diaorang (arkitek&TMD sdn bhd)boleh dtg n find out n train 1 slangor kntraktor…kalau cuma ada 1-2 buah rumah sja yg nk dibuat…to them not so ekonomik cz of kos diorang dtng selangor ..so,i pn tngah war2kan kat kawan2 kat area Subang,Puncak Perdana,Meru dan Puncak alam,also sg.buloh jika all my frend seriously nak guna tknologi ni…so,,saudari pn boleh tlg dptkan kawan2 yg lain yg seriously minat nk guna kaedah ni…at last kita bole kmpulkan those intrsted.salam

  18. Norsani Says:

    Assalamualaikum,

    Saya ingin membuat rumah kampung yang biasa/sederhana sahaja, dengan menggunakan tukang kampung. Bolehkah saya hanya membeli bata tersebut. Hanya bata. Lokasi projek di Jitra, Kedah.

    Harga 1 biji bata?
    Upah/Kos Pegangkutan?

    Sekian, terima kasih.

    1. nasly Says:

      Boleh beli batu blok, tetapi pembina rumah perlu diberi latihan cara-cara yang betul untuk pembinaan dan lukisan terperinci cara susun batublok dan besi akan disediakan dengan sedikit yuran.

  19. hamimah Says:

    teknik ini boleh buat rumah 2 tingkat? buat rumah di selangor.?
    tq

    1. nasly Says:

      boleh buat dua tingkat. Kami sedang menempah satu lagi mesin membuat blok dan akan letakkan di kawasan Lembah Klang selepas selesai projek di Pahang. Mesin tersebut telah ditempah kerana permintaan di Pahang melebehi 20 buah rumah.

  20. azanne Says:

    Salam,
    Sy juga berminat, dah ada tanah lokasi di sg. merab, bangi. So, macamana prosedur dr A to Z?
    Sy bercadang untuk ambil gov. loan…
    Thanks

    1. nasly Says:

      Jika lokasi tertakluk pada kelulusan Majlis Perbandaran, maka saudari perlu melantik konsultan dan melalui proses kelulusan. konsultan pula perlu terlebih dahulu berbincang dengan pihak CCA systems mengenai rekabentuk bangunan. Konsultan biasanya ialah Syarikat Arkitek yang diiktirafkan. Jika saudara tidak ada arkitek, pihak CCA boleh mencadangkan beberapa syarikat.

      Mengenai gov loan pula, saudara perlu mengisi borang berkenaan, dan sebarang keperluan yang dikehendaki oleh gov, konsultan boleh sediakan.

      1. azanne Says:

        boleh rekomen arkitek di area sy ni?


  21. saya dalam perancangan membina rumah diatas bukit sistem ini selamat kah untuk membina rumah setingkat.dan bagaimana saya nak dapatkan perkhimatan pihak yang menggunakan sistem ini.

    1. nasly Says:

      Terpulang pada daerah yang hendak dibina. Jika lokasi tertakluk pada kelulusan Majlis Perbandaran, maka saudari perlu melantik konsultan dan melalui proses kelulusan. konsultan perlu melantik CCA systems sebagai kontraktor dan terlebih dahulu berbincang dengan pihak CCA systems mengenai rekabentuk bangunan.

      Jika pembinaan rumah di lokasi yang tidak memerlukan kelulusan majlis perbandaran, sila hubungi kami dan kami akan mengesyorkan kepada kontraktor berdekatan. Ir Abu Azam 0137193914

  22. Nor Azrina Says:

    Assalamualaikum wrm wbt.

    Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin
    Selaku kontraktor, syarikat kami berminat untuk memanfaatkan teknologi CCA ini dan setelah mendapat info melalui phamplet dan juga bahan tambah melalui internet, minat semakin tinggi. Ada beberapa persoalan :
    1. Bagaimana nak implement sistem ini dengan projek2 kerajaan? Perlu redesign?
    2. Siapa yang boleh endorsed engineering drawing?
    Sekian, terima kasih.

    Ex-UTM,
    Azrina, Kedah

    1. nasly Says:

      Walaikum salam

      1. Perlu dibuat shop drawing (redesign). Ukuran akan ikut saiz blok iaitu panjang 30cm dan tinggi 10cm atau half blok panjang 15cm dan tinggi 10cm. Sebagai contoh jika ukuran bangunan ialah 10000mm maka perlu tukar ke 10050mm.
      2. Engineer (Ir) dari UTM akan endorskannya

  23. hafiz Says:

    sebagai permulaan,bagaimana sekiranya saya ingin menjadi salah seorang promoter bg teknologi ini dan apa yang saya faham selain menjadi kontraktor, saya juga berpeluang memperkenalkan teknologi ini untuk menjana pendapatan.

    1. nasly Says:

      promoter dialu-alukan.
      Sila hubungi terus dengan kami di talian 0137193914

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s