1.) Pemilik Tanah yang ingin membina banglo
- rekabentuk ikut lukisan arkitek pilihan anda
- guna sistem CCA rumah cepat siap
2.) Kontraktor rumah
- bina rumah dengan teknologi CCA anda jimat kos dan pembaziran formwork
- kami sediakan engineering drawing untuk pembinaan rumah
3.) Usahawan pembuat batu blok
- mesin boleh alih dan mampu untuk ME dan SME
- pinjaman MARA boleh diusahakan
4.) Mesin untuk disewa
- mesinĀ pembuat batu blok boleh alih
Mei 7, 2009 at 5:07 am
Saya berminat dengan CCA. berapakah kos pembinaan rumah cikgu Rozaini di Tg Putus Pulau Pinang, 2318sq ft.
Berapakah harga sekaki persegi bagi sistem CCA ini.
Mei 14, 2009 at 3:36 pm
Rumah Cikgu Rozaini agak kompleks kerana beliau membuat berbagai permintaan produk finishing yang agak mahal.
Walau bagaimanapun harga selling price pembinaan awal ialah RM90/ft2
pada akhirnya dengan berbagai tambahan harganya meningkat RM 270k ++
Untuk makluman juga bagi rumah lain yang telah dibina purata harga ialah RM65/ft2 hingga RM80/ft2 rumah kos sederhana.
Julai 12, 2009 at 7:13 am
Salam. Saya berminat utk membina rumah menggunakan teknologi CCA. Lokasi saya di Melaka, mungkin Dato’/Datin mempunyai kontraktor yg sesuai utk saya hubungi…
Julai 18, 2009 at 7:29 am
Salam. Kami tidak ada kontraktor di Melaka, walau bagiamanapun kami sentiasa bersedia untuk melatih kontraktor yang berminat.
Jika saudara berminat rumah dibina dengansistem CCA, dicadangkan arkitek anda menghubungi kami untuk melukis plan rumah yang bersesuaian dengan sistem CCA.
Selepas itu kami akan menyediakan lukisan sturktur mengikut sistem CCA .
Seterusnya kontraktor kami yang sedia ada akan datang ke Melaka dan bekerjasama serta melatih kontraktor yang anda pilih.