CCA Building System akan mempamerkan produknya di Minggu Pembinaan Wilayah (Regional Construction Week) di SASICC Kuantan pada 23-25 November 2012. Pameran dan Seminar ini dianjurkan oleh CIDB.
Jom bersama kami menjayakan program RCW ini sebagai platform yang unik kepada penggiat industri pembinaan terutama dari Wilayah Timur untuk mewujudkan rangkaian perniagaan, pertambahan ilmu pengetahuan dan perkongsian pengalaman ….
http://facebook.com/regionalconstructionweekpahang2012

Setelah sekian lama CCA Systems berdiam diri , kami bangkit semula kerana sekarang kami lebih bersedia untuk memberi khidmat kepada masyarakat.  Selama dua tahun kami terpaksa menjalankan penyeldikan lanjut dan juga Proof of Concept bagi penggunaan sistem ini.  Oleh itu berbagai pertanyaan yang diajukan ada yang kami tidak dapat menjawab.

CCA systems Sdn Bhd mengalu-alukan kepada kontraktor atau pengusaha yang ingin bekerjsama dengan kami dalam pengeluaran batu blok dan juga pembinaan rumah.  Konsep usahawan yang kami ingin majukan ialah rakan kongsi iaitu kerjasama .

Sesiapa yang berminat sila hantarkan email kepada kami di  abuazam.ccas[at]gmail.com.

Kafeteria termasuk salah satu bangunan pembangunan UTM-MTDC Fasa II di UTM Skudai, Johor.  Bangunan ini akan dibangunkan dengan menggunakan beberapa  teknologi tempatan yang dibawah pembiayaan pra-komersialan MTDC.  Pembangunan struktur dinding dan tiang akan menggunakan teknologi CCA.

Jika anda  kontraktor yang beminat mempelajari kaedah pembinaan CCA ini, anda dijemput  mengunjungi ke site pembinaan tersebut dari 26hb Jun 2009 sehingga 3 Julai untuk melihat dan belajar secara “hands-on” pembinaan menggunakan kaedah ini.   Pembinaan dinding akan bermula esok 26hb Jun 2010.

Regional Conference in Environmental and Earth Resources
7-8 December 2009, MS Garden, Kuantan
‘Conservation and Sustainability’
Anjuran Universiti Malaysia Pahang

Satu lagi kertas kerja telah dibentangkan oleh Prof Nasly di persidangan tersebut yang mana kertaskerja ini menyentuh tentang penggunaan tanah sebagai bahan membuat batu blok CCA.
“Compressed Stabilised Earth as Load Bearing Interlocking Block”.

Blok yang dikeluarkan oleh CCA systems boleh dibuat dengan menggunakan tanah merah laterita. Jika rumah yang hendak dibina berada di lokasi tanah laterit, maka bolehlah menggunakan tanah tersebut dan menjimatkan kos.

Persidangan Kebangsaan Kejuruteraan Awam Kelima (AWAM’09)
Sample Image

27-29 Oktober 2009, Corus Hotel, Kuala Lumpur

‘Meniti Pembangunan Lestari’

Anjuran Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam USM

Dalam persidangan tiga hari di Kuala Lumpur itu, Prof Datin Dr Nasly telah membentangkan sebuah kertas kerja bertajuk “Sustainable Housing Using an Innovative Interlocking Block Building System“.  Pembentangan tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

rumah ini siap dibina pada musim tengkujuh

Pihak CIDB secara amnya telah menyokong batu blok CCA sebagai salah satu sistem IBS. Tindakan seterusnya oleh pihak kami ialah untuk mendaftarkan produk CCA sebagai sistem binaan IBS  dengan pihak pihak IBS CIDB.

cidb-ibs

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 27 other followers